* bro,balik laaa cepat
* sabo laa 11 aribln nti aku balik deh
**********************
* der..aku balik 15 tau,lambat sikit
Ternyata kata-katanya mahu pulang 11 haribulan jadi kenyataan.Sahabat,kau pulang jua pada tarikh 11/01/2013 tapi kepulanganmu ditangisi :( Ya Allah,aku tahu ini ujianMU,dan aku tahu tidak KAU turunkan ujianMU melainkan pada hambaMU yang mampu melaluinya..Sungguh walau sukar,walau perit,walau payah sekalipun untuk terima apa yang telah berlaku,kuat lah duhai hati.DIA lebih sayang sahabatmu dan kerana itu takdirnya cukup sampai disini..Allahurabbi
Tak pernah aku rase begitu hebat sakitnya kehilangan.Selama ni hanya dengar dan lihat tapi kali ni aku yang laluinya,aku yang merasainya..Sakit yang teramat,tapi tak mengapalah..Meratap sedih sahabat yang dah pergi bukan pilihan yang terbaik.Redha.Cuma masih perlukan masa.Jiwa terasa sunyi tanpa keletahnya.Seakan masih tidak percaya bahawa sahabat susah senang selama ni dijemput Ilahi sebegitu pantas.Terasa masih ada bersama kami tatkala ini.Masih berbekas di hati mesejnya beberapa hari sebelum permergiannya...
"sabar, jangan takut kehilangan"..
"takpa la kwn, kite dah kwn dr sek ag..lau ko tak tolong ak, ak tolong ko, same2 kite tolong menolong..maaf bro ak tkda, ak tak balik umah, papehal pun ko kna la sabar n tabah..jgn lupe doa ye..kami kwn2 akn berdoa tok ko ye,amin"
Banyak al-kisah mahupun kenangan sepanjang bersahabat.Biar ia tersimpan rapi menjadi rahsia persabahatan ini.Terima kasih kerana mengajar aku erti Ukhwah Fillah,terima kasih kerana mengajar aku untuk jadi lebih baik dan sempurna kepada orang lain,terima kasih mengisi hari-hariku dengan teletahmu walaupun seakan 'tak masuk dek akal',terima kasih kerana sentiasa menegur aku tika aku alpa,terima kasih kerana beri aku kekuatan,terima kasih kerana jadi abangngah yang terbaik buat kami bertiga.Banyaknya terima kasih yang mahu aku lafazkan......Terima kasih Ya Allah,pinjamkan aku seorang sahabat Dunia Akhirat.Kini ku mengerti sakitnya kehilangan,terima kasih Ya Allah.
1990-2013
Allahyarham Mohamad Afham Bin Jumat
Semoga Kau tenang di sana
Al-Fatihah
|
kerana bonda Noormala binti Ramli (Ticher) kami menjadi tersangat erat macam adik beradik...
ramai bercakap lelaki dan perempuan memang takkan boleh jadi kawan baik, tapi itulah kami..Alhamdulillah DIA masih menjaga hati dan keikhlasan ukhwah antara kami
kini tinggal aku,rahmat dan rahim..biar memori susah senang ukhwah ini menjadi kisah antara kami.
# there is no better friend than a friend who reminds you to pray, reminds you of Allah and increases your iman..dan salah satu nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam adalah memiliki sahabat yang soleh.
|