wink-wink

Sunday 27 January 2013

Aku berjalan, kerna DIA takdirkan sebegitu




SH nak kongsi sikit ilmu even ada je sebenarnya yg dah tahu...SH jumpa masa tumblrwalking hehe
 Yang dah tahu tapi terlupa haa meh sini kita sama-sama ingat balik  =)
Mungkin rasa alaaa ape laaa sangat, tapi kita ni leka sentiasa perlu ingat diingatkan mengingatkan. Ilmu ni buat SH ingat balik zaman tadika PASTI suatu tika dulu.
Seronok tak terkata pergi sekolah haha seronok lagi sbb dapat belajar doa-doa, nyanyi-nyanyi perkataan bahasa arab, ustazah baik-baik heee
Andai dapat putar balik zaman itu, Ya Allah syukur alhamdulillah kerana jalan ini yang KAU takdirkan

Jom shopping doa dgn SH !














































" Don't ever underestimate dua'a. What is the value of dua'a? That U are transferring a situastion from your power & ability of Allah. You are moving obstacles from yourself to the One who has no obstacles " - Shaykh Abul-Fadl


Sebesar mana dosa kita
Besarnya Magfirah Allah takkan mampu kita bayangkan...
Maka kejarlah DIA
Mohonlah pada NYA
Genggamlah kasih sayang NYA
dalam setiap doa-doa kita, dalam setiap titis air mata kerana NYA...




Saturday 12 January 2013

kini ku mengerti sakitnya kehilangan




* bro,balik laaa cepat

        * sabo laa 11 aribln nti aku balik deh


   **********************


* der..aku balik 15 tau,lambat sikit





Ternyata kata-katanya mahu pulang 11 haribulan jadi kenyataan.Sahabat,kau pulang jua pada tarikh 11/01/2013 tapi kepulanganmu ditangisi :(  Ya Allah,aku tahu ini ujianMU,dan aku tahu tidak KAU turunkan ujianMU melainkan pada hambaMU yang mampu melaluinya..Sungguh walau sukar,walau perit,walau payah sekalipun untuk terima apa yang telah berlaku,kuat lah duhai hati.DIA lebih sayang sahabatmu dan kerana itu takdirnya cukup sampai disini..Allahurabbi

Tak pernah aku rase begitu hebat sakitnya kehilangan.Selama ni hanya dengar dan lihat tapi kali ni aku yang laluinya,aku yang merasainya..Sakit yang teramat,tapi tak mengapalah..Meratap sedih sahabat yang dah pergi bukan pilihan yang terbaik.Redha.Cuma masih perlukan masa.Jiwa terasa sunyi tanpa keletahnya.Seakan masih tidak percaya bahawa sahabat susah senang selama ni dijemput Ilahi sebegitu pantas.Terasa masih ada bersama kami tatkala ini.Masih berbekas di hati mesejnya beberapa hari sebelum permergiannya... 

"sabar, jangan takut kehilangan"..

"takpa la kwn, kite dah kwn dr sek ag..lau ko tak tolong ak, ak tolong ko, same2 kite tolong menolong..maaf bro ak tkda, ak tak balik umah, papehal pun ko kna la sabar n tabah..jgn lupe doa ye..kami kwn2 akn berdoa tok ko ye,amin"

Banyak al-kisah mahupun kenangan sepanjang bersahabat.Biar ia tersimpan rapi menjadi rahsia persabahatan ini.Terima kasih kerana mengajar aku erti Ukhwah Fillah,terima kasih kerana mengajar aku untuk jadi lebih baik dan sempurna kepada orang lain,terima kasih mengisi hari-hariku dengan teletahmu walaupun seakan 'tak masuk dek akal',terima kasih kerana sentiasa menegur aku tika aku alpa,terima kasih kerana beri aku kekuatan,terima kasih kerana jadi abangngah yang terbaik buat kami bertiga.Banyaknya terima kasih yang mahu aku lafazkan......Terima kasih Ya Allah,pinjamkan aku seorang sahabat Dunia Akhirat.Kini ku mengerti sakitnya kehilangan,terima kasih Ya Allah.



1990-2013
Allahyarham Mohamad Afham Bin Jumat















Semoga Kau tenang di sana
Al-Fatihah





kerana bonda Noormala binti Ramli (Ticher) kami menjadi tersangat erat macam adik beradik...
ramai bercakap lelaki dan perempuan memang takkan boleh jadi kawan baik, tapi itulah kami..Alhamdulillah DIA masih menjaga  hati dan keikhlasan ukhwah antara kami
kini tinggal aku,rahmat dan rahim..biar memori susah senang ukhwah ini menjadi kisah antara kami.





# there is no better friend than a friend who reminds you to pray, reminds you of Allah and increases your iman..dan salah satu nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam adalah memiliki sahabat yang soleh.