Jabbir bin Abdillah r.a menyatakan Rasullah bersabda : "Barangsiapa di antara remaja berkahwin dalam usia muda, maka menangislah syaitan. Dan ia (syaitan) mengeluh : aduh celaka aku, agamanya telah terpelihara dari godaanku". (HR.Ibnu 'Addi)
walimah kasmah
walimah suhadah
Tahniah atas nikmat islam yg telah disempurnakan sahabat....terserlah muka bahagia, forever sweet InsyaAllah :) dan bermulalah satu langkah permulaan utk pikul tanggungjawab...Barakallahumma atas kalian
Manusia suka momen-momen indah yg dilihatnya kala perkahwinan seseorang.Namun jarang kita lihat pengorbanan,kesukaran,cabaran yg dihadapinya oleh mereka-mereka yg bahagia tu sebelum bahagia tiba padanya.Hari perkahwinan tu hari transaksi....sebelumnya ada cerita dan selepasnya akan ada cerita....persediaan tu perlu ada
Memang...memang sempurna tak kan hadir.Semua hanya mampu ckp : "InsyaAllah, aku dah usaha utk bersedia...jadi aku akan hadapinya "....makanya cinta dgn kehidupan tu jgn dipisahkan dan kehidupan dgn kita pula jgn dijauhkan...sungguh,kemanisan dlm perkahwinan tu dtg dalam persediaan yg rapi.Kahwin bukan utk sehari dua.Kahwin bukan mahu berumahtangga utk sebulan dua saja tapi kita mahu hingga ke Syurga sana.Malah selayaknya lahirkan para Mujahid yg dpt memberikan manfaat.Walaupun iman tu tak dpt diwarisi tapi tetaplah cuba yg sebaiknya...Bukan rumahtangga yang sia-sia.
kita bukan main masak-masak !
Ilmu usaha kena bagi mantap.Pengalaman usaha pandangan kena bagi banyak.Wang usaha bagi ada sumber yg tetap konsisten.Peribadi usaha bagi mantap.Akal usaha bagi matang.Akhlak usaha kena bersih.Kebaikan usaha bagi tambah dan istiqomah.Hubungan dgn Allah usaha bagi rapat.
Kerah keringatmu,perahlah kekuatanmu,mantapkan dirimu,gunakanlah masamu,luaskan pengalaman,binalah kekuatan agar bahagiamu nanti selepas berumahtangga kan berpanjangan.
No comments:
Post a Comment